Monday 28 November 2011

KARNIVAL TaHa @ UMP 3&4 Disember 2011

Pengenalan Kelab TaHa@UMP


Kelab TaHa@U UMP ini baru saja ditubuhkan di UMP dan Kelab TAHA ditubuhkan atas kesedaran pentingnya generasi muda di IPT menabung sejak usia muda dan mempunyai wawasan pada masa depan. Ia menjadi landasan bagi Tabung Haji untuk meneruskan lagi tanggungjawabnya kepada masyarakat serta membantu kerajaan membentuk modal insan bersahsiah tinggi serta mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang. Sehubungan dengan itu, penyertaan mahasiswa dan mahasiswi UMP di dalam kelab TAHA dapat mengembangkan lagi bakat yang terpendam di dalam jiwa setiap mahasiswa/ wi dan juga dapat melebar luaskan lagi jaringan sosial dikalangan mahasiswa dengan masyarakat. Selain itu, dengan penyertaan menjadi Kelab TAHA juga dapat menyemai semangat pada mahasiswa/wi untuk mereka menunaikan ibadah haji di usia muda.



Antara objektif penubuhan kelab ini adalah:

1. Membina dan melahirkan generasi pelapis yakni mahasiswa yang berkepimpinan tinggi pada masa hadapan menerusi program kesukarelawanan .
2. Menanam minat menabung dikalangan mahasiswa.
3. Mempelbagaikan program dan aktiviti pembangunan jati diri di kalangan mahasiswa.
4. Membangkitkan semangat dan keinginan menunaikan ibadat haji di usia muda.
5. Membina generasi yg prihatin serta dapat memberi sumbangan terhadap kesejahteraan dan kemakmuran ummah dan negara.

Sempena Karnival TaHa @ UMP, Kelab TaHa dengan kerjasama Bahagian Berita Harian dan Lembaga Tabung Haji akan mengadakan satu karnival yang penuh dengan aktiviti-aktiviti yang menarik. Antara aktiviti-aktivitinya adalah seperti berikut: -



3 Disember 2011


1. TaHa@U Race & Perasmian Kelab TaHa
-TaHa @U Race merupakan program larian satu Universiti yang bertujuan memupuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan pelajar IPTA.
Masa program: 7.30-12.15 tgh hari(Ada pendaftaran)
Tempat: Kompleks Sukan
Sesiapa yang berminat boleh berikan (Nama, No fon, Id, I/c, Size t-shirt) kpd PIC2 di bawah. Pendaftaran untuk larian ini adalah mengikut kolej kediaman. Berikut merupakan PIC setiap kolej kediaman. Tarikh akhir untuk berdaftar selewat-lewatnya Isnin (28 November 2011)
-Peka 1 = Nurhaziqah bt Abdul Hamid ( 0132736638 )
-Peka 2 = Muhammad Bilal bin Muslim ( 0137948856 )
-Peka 3 = Nadia Amira (012-4327680 )
-Peka 4 = Muhammad Zahid ( 0142329579 )
-Peka 5 = Ahmad Fathi ( 0176635859 )
Setiap peserta yang menyertai larian akan diberikan (T-shirt, Sijil, Makanan dan MERIT)
*penyertaan sudah ditutup


2. Debat TaHa@U
Masa: 12.25 pagi – 2.25 petang
Temapt: Kompleks Sukan
Peserta: Peserta Debat NC


3. Pameran Bimbingan Kerjaya & Mock interview
Masa: 2.30 – 5.00 petang
Tempat: Kompleks Sukan
Beberapa syarikat luar/anak syarikat Tabung Haji akan dijemput


4. Pertandingan Sepak raga bulat(staff sahaja)
Pertandingan Futsal antara fakulti(pelajar)
Masa: 2.30 – 4.00 petang
Tempat: Dalam kompleks Sukan/belakang Kompleks Sukan
Peserta futsal bolehlah berdaftar dengan wakil fakulti seperti berikut:
-PERKASA = Danial ( 0175685031 )
-IMPROSH = Adib ( 0139095591 )
-SCITEX = Fathil ( 0164600222 )
-CHEST = Nurkhalida ( 0195170592 )
-FKM = Rafiudin ( 0136518225 )
-EEES = Iqbal ( 0148282303 )
-PEMBUATAN = Ifrad ( 0135325217 )
*Penyertaan sudah ditutup


5. Malam Wadah Seni TaHa@U
Merupakan malam kesenian dan akan menampilkan jemputan artis Tanah Air. Jemputan artis masih dirahsiakan.
Masa: 8.30 - 11.30 malam
Artis: Jemputan Artis Rahsia..
Tempat: Kompleks sukan
Tiket masuk: RM 1.00 sahaja
Disediakan 20 cabutan bertuah

4 Disember 2011


6. Tayangan Filem dan Wacana Ilmu “Kelebihan Mengerjakan Haji di Usia Muda”
Masa: 8-00 – 10.30 pagi
Tempat: Kompleks sukan
Penceramah: Ustaz Mahmud Mat dan Ustaz Zuridan


7. Simulasi Mengerjakan Haji
-Pelajar UMP akan didedahkan bagaimana untuk mengerjakan haji secara praktikal. Satu replika Ka’bah akan dibawa masuk ke dalam kompleks sukan.
Masa: 11.00 -1.00 petang
Tempat: Kompleks sukan

8. Pertandingan peringkat Separuh Akhir dan Akhir Futsal antara Fakulti
Masa: 9.00 -11.00 pagi
Tempat: Luar Kompleks Sukan


9. Lawatan ke rumah anak yatim
Masa: 10.00 pagi – 3.00 petang
Tempat: MABIQ
Peserta: 40orang Ahli Kelab TaHa


*Bas dari pekan ke Gambang akan disediakan. Jadual bas akan dipamerkan kemudian.

Antara aktiviti menarik lain yang akan diadakan sepanjang program adalah:
-Pembukaan booth Tabung Haji untuk penerangan lebih lanjut mengenai Tabung Haji
-Bagi yang berminat untuk membuka akaun Tabung Haji, satu booth Pembukaan Akaun Tabung Haji serendah RM 2.00 boleh dibuat pada hari berkenaan.
-Bagi pelajar yang ingin menderma darah, kempen Derma Darah juga akan diadakan.

1 comment: